Wednesday 19 June 2013

Kerajaan Swasta?

Kerajaan adalah tulang belakang bagi sesebuah negara. Secara individu, saya berpendapat sesebuah kerajaan memainkan peranan yang sangat penting di dalam negara, terutamanya dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat.

Berbeza dengan entiti persendirian seperti institusi bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta yang mana penubuhannya berkiblat keuntungan paling maksima dan rugi yang paling minima, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengharmonikan sistem dalam ekonomi melalui autoriti campurtangannya (salah satunya).

Namum, ada di kalangan ahli ekonomi yang berpendapat bahawa seharusnya tiada campurtangan dari pihak kerajaan. Jelasnya, ia adalah persoalan mengenai tahap sejauh manakah campurtangan tersebut. Apabila kebajikan tergugat atau keperluan rakyat menjadi isu yang meruncing, maka kerajaanlah yang berfungsi sebagai entiti yang berkuasa untuk membetulkan keadaan bagi pihak rakyat.

Sebagai contoh, bekalan elektrik atau infrastruktur seperti jalanraya merupakan 'public good'  yang mana diluar kemampuan dan pengurusan sektor swasta, jika tiada pemantauan dari pihak kerajaan kemungkinan keharmonian sistem sesebuah ekonomi boleh tergugat.




Namun, di dalam sesetengah situasi, kadangkala kerajaan terpaksa melakukan sesuatu yang boleh mengancam pembangunan ekonomi. Contohnya, kerajaan mengambil sesuatu langkah atas dasar kepentingan negara seperti pengurangan pencemaran melalui pelaksanaan undang-undang yang menelan belanja yang sangat besar. Perbelanjaan seperti ini mendorong kepada 'inefficiency' seterusnya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Antara sebab lain, adalah korupsi dan kleptokrasi. Ia bermula sesuatu yang kecil yang akhirnya menjadi barah yang menunggu belah.Contoh mudah adalah apabila ada di antara pegawai yang bekerja atas dorongan bekerja untuk kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat melalui kerajaan yang diwakilinya. Pemungut cukai misalnya, mengambil rasuah ketika menjalankan tugas. Apabila rasuah menjadi 'periuk nasi' dan menjadi amalan bukan sahaja pekerja bawahan malah sehingga sampai kepada tahap tertinggi di dalam kerajaan, maka ia dikenali sebagai kleptokrasi iaitu bermaksud 'rule by theives'.

The stronger is the country's economy, the more likely are the citizens to be content with a kleptocrat's rule, and thus the more likely the ruler will be to remain in power and enjoy the spoils...-David N.Weil, 2013-